Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tahan Ka Siong': Suara Perkasa diberi amaran keras
Diterbitkan:  Jul 7, 2010 7:04 AM
Dikemaskini: 11:10 PM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepada Suara Perkasa , akhabar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA), berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" pada edsi sulungnya minggu lalu.

NONE "Memandangkan Suara Perkasa keluaran bertarikh 1 hingga 15 Julai itu merupakan penerbitannya yang pertama dan ini juga adalah pelanggaran syarat yang pertama, maka kementerian memutuskan untuk memberi amaran keras," kata KDN dalam kenyataan malam semalam.

Ketua Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat dan perbincangan berhubung penerbitan akhbar itu lewat petang semalam.

Justeru itu, katanya, KDN juga akan meningkatkan tindakan pemantauan ke atas setiap keluaran akhbar tabloid bagi memastikan syarat permit dan garis panduan penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipatuhi.

azlan Rentetan daripada artikel berkenaan, KDN telah memanggil Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan kementerian semalam, susulan daripada pertemuan dengan editor Amirudin Mohamad, Jumaat lalu.

Artikel itu merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, dua minggu lalu.

    

- Bernama

ADS