Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JKR sedia bantu Suhakam lawat Istana baru
Diterbitkan:  Jul 7, 2010 6:27 PM
Dikemaskini: 10:31 AM

Kerajaan sedia membantu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk masuk ke tapak pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur sekiranya kontraktor terbabit enggan membenarkan anggota suruhanjaya itu menjalankan siasatan.

shaziman abu mansor Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membantu Suhakam masuk ke tapak tersebut.

"Tapak itu memang di bawah kepunyaan kontraktor tetapi boleh minta kebenaran, seandainya ada masalah untuk masuk kawasan itu, saya boleh minta supaya JKR bagi bantuan.

"Bagi kami tidak ada masalah untuk Suhakam masuk ke tapak ini bagi tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Bachok, malam semalam.

Bagaimanapun kata Shaziman, suruhanjaya itu perlu memaklumkan secara rasmi kepada pihak kementerian.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah bagi membantu suruhanjaya itu kerana siasatan yang hendak dilakukan akan membawa kebaikan kepada semua.

new istana palace Dua hari lalu, Suhakam dilarang memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Menurut pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, pasukannya yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suhakam diberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kontraktor terbabit sebelum dibenarkan melawat pada waktu malam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS