Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Keluarga sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), N Tharmendran berjaya membyar wang ikat jamin setelah Mahkamah Tinggi Petaling Jaya bersetuju mengurangkan wang berkenaan daripada RM150,000 kepada RM50,000.

azlan Beliau dibebaskan daripada kompleks mahkamah Petaling Jaya sekitar tengah hari tadi selepas merengkuk enam bulan atas tahanan reman kerana gagal membayar wang ikat jamin.

Selain wang berkenaan, keluarganya juga menyerahkan passport antarabangsanya seperti yang disyaratkan sebelum beliau boleh dibebaskan.

Tharmendran didakwa bersama Rajandran Prasad Kusy atas kehilangan dua enjin jet F-5E di pengkalan tentera udara Subang pada suatu masa pada Disember 2007.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan beliau bole dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Beliau juga menghadapi pertuduhan bawah Sekysen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan pegawai kanan tentera udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop dalam kecurian enjin daripada pengkalan tentera udara Sungai Besi.

Menurut peguamnya, N Surendran, ibu Tharmendran memajak RM20,000 barangan kemasnya untuk mendapatkan wang ikat jamin itu.

Surendran berkata baki wang itu diperolehi daripada ahli keluarga yang menghulurkan bantuan.

Selasa lalu, Hakim Su Geok Yian, selepas mempertimbangkan penghujahan dan affidavit, berkata permohonan Tharmendran untuk mengurangkan wang ikat jamin mempunyai merit.

"Beliau adalah pegawai kerajaan dengan gaji kasar RM3,500, (dan mempunyai) empat tanggungan. Dengan tanggungan itu, beliau tidak mungkin melarikan diri," katanya.

Mahkamah juga mengambil kira bahawa tertuduh terpaksa menyara bapanya yang uzur serta abangnya yang lumpuh sejak dilahirkan.

Sebelum ini, bapanya,N Nagarajah bercadang menjual rumah mereka untuk mengumpulkan wang bagi membayar ikatjaminnya.

Tharmendran, yang didakwa Januari tahun ini dengan tuduhan mencuri dua enjin J8521-jenis dari pangkalan TUDM di Sungai Besi, ditahan reman di penjara Sungai Buloh, menunggu perbicaraannya pada 19 Julai depan.

ADS