Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan akan mengkaji laporan Penan yang baru dikeluarkan, yang mendedahkan bukti baru yang menunjukkan berlaku perkosaan dan penderaan seks terhadap wanita Penan oleh pembalak.

NONE Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya telah memperolehi laporan tersebut dari Kumpulan Sokongan Penan (PSG) dan akan merujuknya kepada pasukan petugas nasional - yang ditubuhkan tahun lalu - untuk mengkajinya.

"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes baru

didokumentasikan dalam laporan tersebut.

"Kes-kes tersebut akan diserahkan kepada pasukan petugas nasional yang turut dianggota pihak polis," kata menteri berkenaan, Datuk

Shahrizat Abdul Jalil dalam wawancara emel dengan Malaysiakini.

Pada masa yang sama, beliau mempertahankan pihak polis, yang telah menutup kes itu akhir tahun lalu, atas alasan tidak cukup bukti dan

kurang kerjasama dari pihak mangsa.

Beliau juga berkata, pihak polis komited dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut.

NONE Shahrizat berkata kementeriannya memandang serius isu tersebut dan semua tuduhan perlu disiasat segera dan secara menyeluruh oleh pihak polis.

Kementerian itu juga turut mempertahankan laporan pasukan petugasnya yang siap Oktober lalu, yang mengesahkan berlaku keganasan seks terhadap wanita Penan, dan bahawa mereka akan meneruskan usaha mendidik masyarakat berkenaan mengenai hak mereka.

[Baca berita penuh]

ADS