Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bil kebebasan maklumat 'ceroboh' perlembagaan'
Diterbitkan:  Jul 14, 2010 12:54 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Undang-undang kebebasan maklumat yang baru dibentangkan di DUN Selangor hari ini didakwa melampaui perlembagaan, kata wakil pembangkang Sulaiman Abdul Razak.

NONE

Berucap ketika membahaskan rang tersebut hari ini, Sulaiman (BN-Permatang) juga berkata undang-undang tersebut menceroboh kuasa Perlembagaan Persekutuan kerana melampaui hak untuk menetapkan kerahsiaan sesuatu maklumat.

Terdahulu, Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor 2010 itu dibentangkan di DUN hari ini oleh exco pelancongan Elizabeth Wong, antara lainnya dengan tujuan untuk mengurangkan rasuah serta meningkatkan kepercayaan rakyat kepada sistem pemerintahan.

Tujuan berkenaan bagaimanapun dikhuatiri oleh Sulaiman yang berkata, hak untuk menggubal undang-undang berkaitan maklumat dan rahsia kerajaan berada di bawah kuasa Parlimen.

"Rang undang-undang secara jelas menyebutkan Tafsiran ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri tetapi tidak termasuk dokumen – (a) yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya.

"Walaupun dikatakan maklumat dan dokumen tidak terkait dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 di bawah kuasa Parlimen dan Kerajaan Persekutuan, klausa ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri” sudah cukup menunjukkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen atau Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.
 
Tak berhak lulus unadng-undang

Katanya lagi, DUN Selangor tidak berhak untuk meluluskan undang-undang tersebut kerana ia berada di bawah peruntukan Perkara 74 dan 77 dalam Jadual Kesembilan Senarai Perundangan dalam Perlembagaan.

"Jelas di bawah Senarai 1 ini Perkara 4 - Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan termasuk (f) Rahsia Kerajaan; perbuatan rasuah” termasuk dalam senarai atau bidang kuasa Parlimen / Kerajaan Persekutuan," katanya.

azlan "Adalah difahami bahawa ”maklumat” ertinya apa-apa dokumen yang dibuat oleh mana-mana jabatan Kerajaan Negeri” adalah tertakluk di bawah perkara (f) Rahsia Kerajaan.

"Walaupun subjek maklumat itu adalah di bawah Senarai Negeri seperti tanah, agama, perhutanan dan sebagai, tetapi saya beranggapan bahawa ia tetap tertakluk di bawah perkara (f) Rahsia Kerajaan," katanya lagi.

Tambahnya, Perkara 22 dalam perlembagaan, berkaitan "penapisan" juga termasuk bidang penapisan maklumat rahsia kerajaan "setakat mana yang boleh didedah atau diberikan kepada rakyat umum."

"Pengawalan maklumat dan rahsia dalam jabatan dan agensi-agensi kerajaan hanya boleh digubal undang-undangnya oleh Parlimen atau Kerajaan Persekutuan," katanya.

Jelasnya, perkara itu termaktub dalam Perkara 4 - Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk (f) Rahsia Kerajaan; perbuatan rasuah

"Oleh kerana undang-undang ini jelas cuba menceroboh peruntukan undang-undang Kerajaan Persekutuan yang jelas terdapat di bawah Senarai Persekutuan di dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sewajarnya rang undang-undang ini ditolak dan tidak diluluskan," tegasnya.

 

 

 

 

ADS