Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie menyangkal hasil penemuan dalam laporan Kumpulan Penyokong Penan  (PSG) yang mendakwa berlaku eksploitasi seks terhadap wanita Penan di kawasan pembalakan di Lembah Baram, yang didiserahkan kepada Parlimen minggu lalu.

NONE Heng berkata, pihak kementerian tidak menemui sebarang bukti bagi menyokong dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut dan beliau memberitahu pemberita di Parlimen hari ini bahawa Menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sendiri tela pergi ke Baram semalam untuk menyiasat perkara itu.

"Kami tidak menemui sebarang kes baru seperti yang dikatakan dalam laporan PSG. Ketua kampung berkata tidak ada kes baru, dan setakat ini, belum ada laporan baru polis dibuat mengenai kes rogol," kata Heng.

Walaupun mengakui masih terlalu awal untuk  kementeriannya membuat kesimpulan bahawa  laporan PSG itu salah dan kes rogol tidak berlaku, tetapi beliau tetap menegaskan bahawa kementeriannya tidak menemui sebarang bukti.

NONE "Bagaimanapun, benar atau tidak, kementerian akan terus menyiasat dakwaan tersebut. Keprihatinan kami adalah untuk memastikan wanita dan kanak-kanan Penan tidak dieksploitasi," katanya.

Menjawab soalan, Heng mengagak bahawa penafian kerajaan negeri Sarawak berasaskan kepada ketigaan laporan polis mengenainya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa dakwaan tersebut merupakan sesuatu yang amat memalukan Malaysia di mata dunia dan ia mesti diselesaikan.

[Baca berita penuh]

 

 
ADS