Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM berkongsi kesedihan kematian Teoh
Diterbitkan:  Jul 15, 2010 4:00 PM
Dikemaskini: Jul 16, 2010 1:54 AM

Sehari sebelum ulangtahun pertama kematian Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah yang dilihat luar biasa dengan secara terbuka menyatakan yang ia turut berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

NONE Ianya terkandung dalam kenyataan tiga perenggan - dalam bahasa Mandarin - yang diemelkan kepada pihak media hari ini.

"Saya mewakili diriku sendiri dan semua kakitangan SPRM. Kami berkongsi kesedihan dan kekecewaan bersama-sama dengan  keluarga Teoh terhadap apa terjadi pada 16 Julai 2009," kata ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk  Abu Kassim Mohamed dalam kenyataan tersebut.

"Walaupun setahun sudah berlaku sejak berlakunya insiden malang itu, kami masih merasa kesedihan dan kepiluannya. Sebagai seorang ayah dan yang paling tua dalam keluarga, saya dapat merasai betapa dalamnya kepiluan yang tidak tertanggung apabila anggota keluarga," tambahnya.

Abu Kassim berharap keputusan inkues kematian Teoh dapat diketahui secepat mungkin.

"Sebagai pesuruhjaya SPRM, saya menegaskan bahawa kami akan mematuhi keputusan inkues tersebut. SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini."

Beliau juga berkata, langkah-langkah seperti meningkatkan keselamatan saksi dan penambahan prosedur yang berkaitan dengan saksi, telah diambil bagi memastikan sejarah itu tidak akan terulang.

Selepas Teoh, 30 - pembantu politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati pada 16 Julai tahun lalu selepas disoal siasat semalaman di pejabat SPRM Shah Alam, imej suruhanjaya itu telah tercemar teruk, terutama di kalangan masyarakat Cina.

Sejak itu, SPRM telah mengambil inisiatif untuk memulihkan imejnya di mata rakyat, termasuk merekrut kakitangan di kalangan mereka yang boleh bertutur bahasa Cina serta memperuntukkan  RM500,000 untuk menerbitkan sebuah siri TV mengenai SPRM dalam bahasa Mandarin.

 

ADS