Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suasana pilu selubungi Plaza Masalam, Teoh tak dilupakan

Genap setahun selepas kematian Teoh Beng Hock, ahli keluarga mendiang dan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat, hari ini memperingati pembantu politik dari DAP itu dengan memberi penghormatan kepadanya di tempat kejadian.

Mereka hadir ke pejabat lama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam bagi tujuan itu sambil membawa jambangan bunga dan peralatan sembahyang.

NONE Bagaimanapun pihak pengurusan bangunan itu hanya membenarkan enam orang, termasuk bekas majikannya exco Selangor, Ean Yong Hian Wah naik ke tingkat 5 Plaza Masalam, tempat Teoh ditemui mati.

Antara lain yang hadir ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo, exco Selangor Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar, Datuk Dr Hasan Ali, Dr Halimah Ali, Ronnie Liu serta kira-kira 50 penyokong.

Selepas bersembahyang kira-kira 30 minit, Ean Yong dan anggota keluarga Teoh - ibu bapa, abang, kakak dan adik - turun dan menyertai kumpulan wakil rakyat tersebut yang berucap sambil mengucapkan terima kasih kepada yang hadir.

Di wajah adik perempuannya Teoh Lee Lan terpancar sinar kesedihan yang jelas.

Dalam air mata berlinangan, beliau terpaksa mengambil beberapa minit bagi berucap kerana terlalu sebak.

NONE "Beliau harap kebenaran (apa yang berlaku) dapat diberitahu," kata Adun Teratai Jenice Lee yang menterjemahkan ucapan Lee Lan ke bahasa Melayu.

Mahu jumpa PM lagi

Sementara itu bercakap kepada pemberita selepas itu, Lee Lan berkata keluarga mereka bercadang berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika mereka tidak berpuas hati dengan inkues yang dijalankan.

"Beliau kata inkues akan mengambil masa dua minggu, paling lama dua bulan tetapi sekarang ini sudah setahun."

"Beliau kata kita boleh berjumpa dengannya jika tidak berpuas hati. Kita minta surat jaminan tetapi ia tidak dihiraukan," katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.

NONE Menurut Lee Lan, keluarganya bersetuju untuk bertolak ansur untuk menerima inkues dan bukannya suruhanjaya siasatan diraja kerana Najib berkata mengikut perlembagaan inkues mesti diadakan terlebih dahulu.

Sementara Gobind yang juga peguam keluarga berkenaan hari ini mempertikaikan ucapan takziah daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang dibuat semalam.

"Kenapa baru setahun baru keluar kenyataan sebegini?" soalnya.

Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed dilaporkan berkata SPRM berkongsi kepiluan dan kesedihan dengan keluarga mendiang ekoran insiden malang itu.

Katanya, sebagai seorang ayah dan anak paling tua dalam keluarga,beliau dapat merasi kepiluan yang tidak tertanggung akibat kehilangan ahli keluarga.

GALERI FOTO


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS