Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS sekali lagi mengulangi kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat dengan menolak perbincangan dengan parti lawannya Umno.

Bagaimanapun, perbincangan antara "G to G" (kerajaan dengan kerajaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam keseluruhannya.

Katanya, menteri besar PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ketua negeri Kelantan tidak salah untuk bertemu dengan kerajaan pusat untuk bincang banyak perkara.

mustafa ali "Dalam konteks federalisme, ia sangat perlu iaitu perbincangan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Macam kerajaan Malaysia dan Singapura ada isu tertunggak.

"Begitu juga kerajaan negeri (Kelantan) ada isu tertunggak seperti isu (royalti) minyak," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan sedia berbincang dengan PAS "untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu" seperti disaran beberapa pihak.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Mustafa berkata beliau tidak fikir pertemuan Nik Aziz dengan Muhyiddin bagi membincangkan mengenai kerjasama politik.

kelantan pas umno ballot box 310707 "Pemimpin tertinggi PAS dan (keputusan) muktamar telah memutuskan bahawa kita tetap dengan Pakatan Rakyat.

"Tok Guru (Nik Aziz) sangat arif sebab itu saya tidak fikir tentang perpaduan dalam politik. Perkara itu tak berbangkit," katanya.

Ditanya mengenai sama ada PAS menolak kerjasama dengan Umno, Mustafa berkata:

"Itu awak boleh tafsir. Itu bukan perkataan saya. Kita bersama dengan Pakatan," sambil menegaskan dalam sejarah PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakan seperjuangan.

Menurutnya lagi, persefahaman dalam Pakatan berdasarkan kepada kepercayaan dan persoalan untuk mengkaji semula kedudukan PAS dalam sehingga pilihan raya ke-13 tidak berbangkit.

"Kalau tanya saya (kerjasama) selepas pilihan raya ke-13, itu Allah sahaja yang tahu. Saya tidak boleh nak jawab lebih daripada itu," katanya.

ADS