Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak menteri besar Selangor menilai semula penamatan perkhidmatan ahli majlis parti itu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menteri besar juga diingatkan kepada perjanjian mereka yang dibuat pada 2008.

"Selepas pilihan raya 2008, kami dijanjikan tiga kerusi ahli majlis dan itu dipersetujui semua orang.

"Kami kecewa sekarang apabila calon-calon kami digugurkan tanpa sebarang sebab dan perundingan, kata pengerusinya Mohd Nasir Hashim. socialism 2008 forum opening 071108 nasir hashim 02

"Kalau kamu tak gembira dengan calon, kami boleh tukar walaupun tidak begitu mudah," katanya.

"Tetapi kalau kamu kata mereka (ahli majlis) berkhidmat bawah prestasi sebenar, bukankan itu bermakna kami tidak bekerja, atau kami bukan kawan?"

Mohd Nasir yang juga ADUN Kota Damansara berkata cerita bahawa anggota PSM Panneerselvam Varathan tidak dimasukkan dalam senarai baru ahli BMPJ itu tersebar sejak Jun lagi.

"Saya beritahu (exco kerajaan tempatan) Ronnie Liu bahawa saya mahu dikekalkan semua lima ahli majlis di Kota Damasanra. Bila cerita-cerita itu muncul bulan lalu, Ronnie minya saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR) Sivarasa (Rasiah).

"Sivarasa, bila jawab soalan saya beritahu ada orang tidak gembira (dengan Panneerselvam), jadi beliau akan digantikan dengan calon PKR," jelas Mohd Nasir.

[Baca berita penuh]

ADS