Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawapan penyiasat persendirian P Balasubramaniam terhadap soalan bertulis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dihantar kepada suruhanjaya itu Khamis ini, kata peguamnya.

Ame raja petra demafation case 200109 manjeet singh dhillon rick Singh Sidhu berkata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon akan membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) bersamanya apabila pulang daripada London.

Manjeet ( kanan ) dijadualkan menghantar SD selepas pertemuan kedua belah pihak hari ini tetapi kepulangan peguamnya ditangguhkan ekoran dakwaan pencerobohan rumahnya menyebabkan komputer ribanya dicuri.

"Saya beri perhatian serius bahawa mungkin ada usaha dibuat oleh pihak yang berkepentingan terhadap kandungan komputer riba dan memaslukan material sedia ada," kata Manjeet.

Manjet berada di London sejak awal bulan ini untuk menasihatkan Bala berhubung rancangan awal SPRM untuk mewawancaranya di sana berkaitan dua SD awalnya yang menyebut nama perdana menteri dan Altantuya Shaariibuu.

SP azlan RM bagaimanapun menukar pandangan dengan hanya menghantar soalan kepada Americk dan meminta jawapan bertulis daripada Bala.

Sementara itu, semalam Manjeet mendakwa komputer ribanya dicuri di rumahnya di Kuala Kumpur. Beliau percaya ia berkaitan degan tindakannya mewakili penyiasat persendirian itu.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS