Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau telah meletakkan jawatan tersebut.

NONE Beliau menafikan dakwaan dalam blog yang beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, Suhaimi berkata, beliau masih lagi memegang jawatan tersebut dan menghadiri mesyuarat perhubungan Umno Selangor malam tadi.

"Tak ada (serah surat letak jawatan). Saya masih kekal sebagai ketua pemuda Umno Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ditanya mengapa boleh timbul dakwaan tersebut, Suhaimi berkata: "(Itu perkara) biasa... Saya tak ada masalah dengan pemimpin lain".

Ahad lalu, sebuah blog mendakwa pihaknya difahamkan oleh beberapa sumber yang menyatakan Suhaimi telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Khairy.

Blog itu juga turut mendakwa bahawa satu pengumuman rasmi mengenainysea akan dibuat dalam masa terdekat.

ADS