• Nik Aziz: Tak perlu orang tengah bincang perpaduan
  • 1280217039
  • Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, lapor Berita Harian Online.

    azlanNik Aziz berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan.

    Sehubungan itu, katanya tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

    "Saya berasakan Harussani sudah tidak senang diri atau berasa tidak betul sekiranya beliau tidak campur tangan dalam politik dan tindakannya untuk terbabit dalam isu ini dilihat sebagai satu tindakan betul.

    Harussani Zakaria"Setiap orang alim (mufti) mesti campur tangan dalam politik, bukan hanya dihadkan kepada perkara agama seperti nikah kahwin saja, malah mereka perlu campur tangan juga dalam politik, maka betul tindakan Harussani (kanan) itu.

    "Namun begitu, disebabkan dia (Harussani) tidak biasa dengan politik, maka dia sanggup menjadi orang tengah antara parti terbabit (PAS dan UMNO), di sini silapnya, mana boleh jadi orang tengah (bagi isu ini).

    "Kalau saya hendak mengadakan rundingan dengan UMNO, saya akan berunding terus dengan Presidennya, Najib (Datuk Seri Najib Razak). Salahnya (Harussani) sebab cuba jadi orang tengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), di Kota Bharu, hari ini.

    Beliau memberitahu demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Harussani yang sanggup menjadi orang tengah bagi menyatukan PAS dan UMNO.
    • Umno terus usaha perpaduan dengan PAS
    • 'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'
    • PERKASA: Bubar Umno, PAS jika gagal satukan Melayu
    • Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-PAS
    • Tolak Harussani, ahli Umno diseru sertai PAS
    • Nasha: Jangan terikut-ikut rentak media perdana
    • KJ: Cukuplah Utusan, nampak macam kita terdesak
    • PAS ulangi pendirian tak kerjasama dengan Umno