Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
16 NGO kemuka memo mengenai isu air
Diterbitkan:  Jul 29, 2010 4:36 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

NONE Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada anggota exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di Shah Alam.

Jurucakap NGO itu, Datuk N Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.

"Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar," katanya kepada pemberita.

NONE Fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pembangkang menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Wong berkata kerajaan negeri menyambut baik projek itu pada dasarnya tetapi prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan oleh kerana ia akan menjejas bekalan air dan alam sekitar.

"Projek yang dicadangkan itu mungkin melalui kawasan tadahan air di kawasan selatan negeri ini yang boleh menjejas bekalan air," katanya.

Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah mengumpul bekalan air termasuk tuaian air hujan, mewartakan semua kawasan tadahan air dan kolam simpanan air.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan melaksanakan dasar tidak lama lagi bagi mewajibkan semua pembangunan perumahan baru mempunyai kemudahan tuaian air hujan.

"Langkah ini akan membantu pengguna menjimatkan air antara 25 hingga 30 peratus," katanya.

- Bernama

ADS