• Exco S'gor nafi laporan notis p'raya
  • 1280465328
  • Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor tidak membuat resolusi untuk memberi enam bulan notis sebelum memanggil pilihan raya negeri, kata exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah (gambar).

    Beliau yang juga pengerusi DAP Selangor, mengulas berita yang memetik ketua penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir sebagai berkata Selangor akan beri notis awal pilihan raya negeri, yang disiarkan oleh sebuah lamanweb pagi ini.

    ean yong going to shah alam police station 050110 01"Saya ingin membuat pembetulan terhadap laporan yang memetik ketua penerangan PAS Selangor itu:

    - Pertama, pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor tidak membuat resolusi seperti itu.

    - Kedua, pembubaran dewan undangan negeri (DUN) adalah budibicara Sultan atas permintaan Menteri Besar dan bukan keputusan pimpinan Selangor sahaja.

    - Ketiga, keputusan untuk membubarkan DUN perlu disokong oleh kepimpinan nasional Pakatan dan bukan kepimpinan Selangor sahaja.

    "Saya juga ini menjelaskan bahawa Roslan Shahir bercakap atas kapasiti peribadinya dan bukan atas nama Pakatan Rakyat  Selangor," kata Ean dalam satu kenyataan hari ini.

    Buat masa ini, katanya, adalah terlalu awal untuk membuat kenyataan yang membayangkan sama ada pilihan raya negeri mungkin diadakan atau tidak.

    "Fokus Pakatan Rakyat ialah untuk mentadbir negeri ini dengan integriti untuk kebaikan rakyat Selangor," tambahnya.