- Burma paling banyak mati di kem tahanan
- Lawi Weng
- 1280543180
- Sebanyak 32 rakyat Burma mati di pusat tahanan imigresen, jumlah terbanyak antara kesemua tahanan asing, demikian menurut kerajaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata antara kesemua 78 tahanan telah meninggal dunia antara 2005 hingga 2009 di beberapa kem.
Tahanan asing termasuk rakyat Burma, Indonesia, India, Bangladesh, Cambodia, Vietnam, Thailand, Nigeria, Togo, Pakistan, Liberia and Filipina.
Menteri berkenaan tidak menjelaskan punca kematian tahanan tersebut.
Bercakap kepada The Irrawaddy, Tenne Lee, penyelaras pelarian daripada NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berkata:
"Apa yang kami tahu tentang punca kematiannya, banyak mereka meninggal dunia kerana sebab perubatan."
Lee mendakwa rawatan perubatan yang diberikan semasa tahanan tidak mencukupi.
Walaupun tahanan mendapatkan ubat daripada hospital, tetapi apabila memasuk pusat tahanan, ia dirampas, dakwanya lagi.
"Kami pantau semua ini jika mendapat maklumat berlakunya kematian. Kami desak kerajaan tetapi kami tiada kuasa untuk menyuiasat," katanya.
"Sukar untuk tahu jumlah sebenar yang meninggal dunia. Kerajaan tidak telus."
[Baca berita penuh]