Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Penerangan Pemuda Umno bahagian Bukit Bendera, Rose Akmar Ahmed mendakwa beliau tidak menerima notis panggilan mesyuarat bahagian tersebut yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.

Ber NONE ikutan itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis pada hari mesyuarat dijadual diadakan kerana mendakwa ia melanggar perlembagaan parti.

Sepatutnya, kata beliau tersebut perlu dihantar dalam tempoh sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh mesyuarat diadakan.

Berikutan itu, Rose Akmar (kanan) mempertikaikan kesahihan mesyuarat tersebut sekiranya jadi diadakan pada tarikh tersebut.

Malah, katanya, beliau juga tidak menerima sebarang notis panggilan dua mesyuarat perwakilan bahagian itu yang tidak menjadi kenyataan sebelum ini - pada 11 dan 31 Julai lalu.

Dalam sidang akhbarnya semalam,  bekas ketua bahagian berkenaan, Datuk Ahmad Ismail memberitahu bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada 8 Ogos ini di sebuah hotel di Bayan Baru, yang terletak di luar bahagian berkenaan.

Ahmad juga memberitahu bahawa penangguhan mesyuarat perwakilan sebanyak dua kali sebelum ini, adalah kerana masalah logistik.

NONE Dalam sidang akhbar itu juga, Ahmad juga mengumumkan bahawa beliau tidak jadi bertanding jawatan ketua bahagian untuk kembali menerajui Umno Bukit Bendera, sepertimana yang dirancangkan sebelum ini.

Ketika dihubungi hari ini, Rose Akmar yang juga ketua Umno cadangan Kampung Mutiara mendakwa, kegagalan menghantar notis panggilan mesyuarat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, adalah melanggar perlembagaan parti.

Pada 9 Julai lalu, Akmar adalah antara empat perwakilan di cawangannya yang telah membuat laporan polis kerana mereka tidak mendapat notis panggilan mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian Bukit Bendera yang berlangsung pada hari yang sama.

Menjawab soalan, Akmar berkata beliau tidak mengesyaki beliau dan enam lagi perwakilan cawangannya tidak mendapat notis panggilan mesyuarat Ahad ini, ada kaitan dengan laporan polis tersebut.

Katanya, ia kerana mereka juga tidak menerima notis panggilan mesyuarat pada 11 dan 31 Julai lalu.

Akmar bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada perwakilan lain juga tidak mendapat notis tersebut.

ADS