Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PROTES: Pembangkang, aktivis dibebas
Diterbitkan:  Aug 10, 2010 11:10 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Dua lelaki yang ditahan di Kampung Kerinchi ketika menyertai kempen memprotes kenaikan harga barangan keperluan kira-kira 5.30 petang tadi, sudah dibebaskan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata mereka dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 10.30 malam tadi selepas polis mengambil keterangan mereka, lapor Bernama .

kerinchi protes arrest 090810 rozan mat sarip Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam tadi, Penyelaras Suaram Tan Moon Hui, 29, dan Ketua Pemuda PKR Batu Rozan Azen Mat Rasip ( kiri, berkaca mata ), 33, ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah Pantai.

Menurut Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka.

Bagaimanapun, Wan Abdul Bari hari ini berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kerana enggan menyerahkan kad pengenalan apabila diminta berbuat demikian.

Menurutnya, mereka juga enggan memberikan kerjasama sewaktu ditanya mengenai sebuah kereta di mana mereka berdua dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada berhampiran dengan kenderaan itu sewaktu protes itu.

"Mengikut undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan kepada orang awam yang enggan memberikan kerjasama ketika ditanya oleh pihak berkuasa seperti anggota polis yang beruniform," katanya ketika dihubungi Bernama .

NONE Menurutnya kedua-dua lelaki itu dan kereta terbabit ( kanan ) dibawa ke balai untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas mereka dan Seksyen 24 Kanun Prosedur Jenayah.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) menganjurkan 'Kempen Bantah Harga Barang Naik: Selamatkan Rakyat' di Pasar Malam Flat 17, Kampung Kerinchi, Lembah Pantai bermula jam 6.00 petang semalam.

Kira-kira 20 aktivis Protes membahagikan risalah kepada pengunjung pasar malam itu.

Kampung Kerinchi dipilih tempat pertama kempen PROTES kerana penghuni di kawasan itu kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah.

ADS