Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Surat ugutan, peluru M16 - keterlaluan
Diterbitkan:  Aug 12, 2010 2:53 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang menghantar sebutir peluru hidup M16 beserta nota ugutan kepada ahli parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua.

Melalui b NONE lognya, www.rembau.net Khairy juga melahirkan rasa begitu terkejutnya.

“Sungguhpun umum mengetahui bahawa saya dan Pemuda Umno yang saya terajui mempunyai beberapa percanggahan pendapat dengan Tony, namun kami beranggapan bahawa tindakan  mengugut sebegini adalah suatu yang bukan sahaja keterlaluan malahan tidak boleh diterima sama sekali oleh kita semua selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian,” katanya.

Khairy, sehubungan itu, menyeru semua pihak agar tidak terjebak di dalam kancah polemik spekulasi yang tidak memanfaatkan sesiapa. 

Beliau seterusnya menggesa orang ramai supaya memberi ruang dan kepercayaan kepada polis bagi menyiasat insiden berkenaan.

“Saya juga berharap agar pihak polis dapat memberi segala jaminan kepada Tony dalam soal keselamatan peribadi dan keluarga beliau,” katanya lagi.

P NONE ua, hari ini pada sidang medianya berkata surat ugutan berserta sebutir peluru M16 yang masih belum digunakan diterima di pejabatnya petang semalam.
 
Ia dipercayai ada kaitan dengan cadangannya sebelum ini yang mahu diskaun tujuh peratus yang diberikan kepada golongan bumiputera membeli hartanah mewah dimansuhkan.
 
Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS