Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kenyataan ahli biro politik PKR Datuk Zaid Ibrahim yang mempersoalkan kod etika pemilihan parti itu adalah sebahagian daripada proses demokrasi, kata ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Nurul berkata, beliau mengalu-lukan dan menghormati pandangan penyelaras Pakatan Rakyat itu.

teoh beng hock memorial night 160710 nurul izzah Namun, katanya, adalah lebih baik jika ianya tidak dibangkitkan secara terbuka.

"Tetapi kami menerima pandangan beliau sebagai sebahagian daripada proses demokrasi," tegas Nurul Izzah dalam sidang akhbar selepas menghadiri seminar perspektif muda semalam.

Bahang menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa Zaid menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu.

Zaid berharap PKR tidak menjadi "hipokrit seperti Umno" apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya.

Menurut Zaid lagi, pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua.

NONE Bekas menteri itu berkata, semasa dalam Umno dulu beliau pernah menjadi mangsa apabila digantung keahlian dan menggugurkannya sebagai calon atas tuduhan politik wang.

Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir, menambah bahawa mereka melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif kerana ia boleh memperkukuhkan lagi parti.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan yang diketuai oleh naib presiden R Sivarasa untuk meneliti cadangan, termasuk pandangan Zaid, mengenai kod etika pemilihan bagi memastikan ianya berjalan lancar.

ADS