Sambil mengulangi ikrar kesetiaannya bersama BN, MCA menegaskan bahawa parti itu komited terhadap dasar meritokrasi untuk mempertingkat kebersaingan dan produktiviti negara.
Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung (
kanan
) dalam isu pengurangan ekuiti bumiputera, pihaknya tidak pernah mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu seperti dijamin dalam perlembagaan.
"MCA akui tujuan mulia DEB (Dasar Ekonomi Baru) untuk membasmi kemiskinan berdasarkan latar belakang etnik," katanya.
Bagaimanapun, Chor berkata selari dengan pandangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Nazir Razak bahawa dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), "pelaksanaan direbut oleh kumpulan berkepentingan", kelemahan itu hendaklah dibetulkan.
"Dasar tindakan afirmatif hendaklah berasarkan keperluan dan merit - tanpa mengira warna kulit," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dilaporkan "mengingatkan MCA bersama-sama dalam perjuangan BN" ekoran tuntutan dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia sebelum ini.
Selain menuntut pengurangan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi secara berperingkat, kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan.
Dalam kenyataannya hari ini Chor membangkitkan semula kesetiaan MCA yang telah teruji apabila tidak meninggalkan Umno dalam "masa-masa sukarnya sekitar tahun-tahun 80 dan 90-an".
Katanya, dalam isu ketidakadilan dan diskriminasi dalam pelbagai aspek, orang ramai mengharapkan MCA turut dalam bangkit bersuara bagi pihak mereka.
"Terbukti pada Mac 2008, gaya lama di belakang tabir tidak cukup untuk menenangkan harapan rakyat.
"Untuk bergerak mengikut zaman dan selari dengan kaadilan sosial, yang juga perjuangan BN, MCA hanay menyuarakan perasaan rakyat," kata Chor lagi.
