Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Firma rugi mampu bayar pengarah gaji besar
Diterbitkan:  Aug 17, 2010 6:55 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Genting Bhd mendahului senarai Kajian "Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi" oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah.

Syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu.

genting lim goh tong 231007 hotel Eksekutif kanan yang disenaraikan ialah pengerusi eksekutif dan ketua pgawai eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, katanya.

Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar  RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya.

"Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda," katanya.

Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya.

"Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng," katanya.

air asia pc labu low cost carrier terminal lcct 080109 plantation site Kajian itu mendedahkan bahawa sepuluh syarikat teratas dari segi jumlah bayaran telah membelanjakan hampir RM300 juta tahun lepas.

"Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi," katanya.

Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat.

Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya.

"Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya," katanya.

- Bernama

azlan

ADS