Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Uda Holdings: Mahu gerbang penjara Pudu, silakan

Kesemua bahagian penjara Pudu, termasuk pintu gerbangnya - yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi - kini boleh dipohon untuk pemindahan dan penempatan semula bagi tujuan kajian dan penyelidikan.

NONE Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Nur Jazlan Mohamed ( kiri ) berkata, pihak yang berminat dipelawa mengemukakan permohonan sekarang sementara kerja merobohkan tapak sejarah warisan dunia itu dihentikan buat seketika.

"Meskipun perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), UDA tidak mempunyai sebarang halangan (untuk) meluluskan permohonan tersebut," katanya yang juga ahli parlimen Pulai.

"Kami tiada masalah, untuk sementara ini masih ada masa (bagi) individu menyerahkan permohonan bagi membawa keluar barangan sejarah ditemui pada tapak sejarah warisan dunia berusia lebih 150 tahun."

NONE Sebahagian daripada penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal yang terletak di Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur mula dirobohkan pada 22 Jun lalu.

Tindakan kontroversi itu dilaporkan ditentang banyak pihak, antaranya pembangkang dan pencinta sejarah, sehingga usul khas mengenainya cuba dibawa untuk perbahasan di parlimen.

Kerja-kerja perobohannya juga mengundang kehadiran 300 aktivis yang hadir menyalakan lilin tanda bersedih. Manakala sebahagian lagi datang bagi mengutip lukisan mural pada dinding penjara berkenaan.

Bercakap dalam sidang media selepas berbuka puasa bersama 80 anak yatim di sebuah hotel di ibu kota malam tadi, Nur Jazlan sebelum itu - ketika ditanya secara tiba-tiba soalan mengenai pintu gerbang itu - spontan menjawab:

NONE “Termasuk apa-apalah (daripada) bekas tapak penjara Pudu itu kalau hendak pindah ke tempat lain silakan.”

Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan Jepun ketika perang dunia kedua.

Pembinaan secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895, manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892.

Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera-negara jajahan British ketika itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.

ADS