Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bukan setiap hari pembangkang mempelawa anggota kerajaan memimpin sebuah kaukus bersama parlimen.

NONE Yang terbaru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin

Abdullah dipelawa mengetuai Kaukus Parlimen mengenai penyertaan mahasiswa dalam politik.

Ketika membuat pelawaan tersebut, ahli parlimen PKR Lembak Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan beliau bagi mencapai matlamat bersama.

Isu tersebut menjadi perbualan hangat ekoran keputusan kerajaan membenarkan guru berijazah menyertai politik.

Saifuddin kemudiannya mencadangkan supaya ianya juga diperluaskan meliputi pelajar universiti.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin dilaporkan berkata kabinet telah menolak cadangan tersebut

Ketika diminta mengulas pelawaan tersebut, Saifuddin berkata ia bukanlah persoalan mengenai kaukus atau siapa yang akan memimpinnya.  

Sebaliknya, tegas beliau, konsensus umum adalah supaya perbincangan sama ada mahasiwa perlu menyertai politik, harus diteruskan.

S pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan aifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, apa yang beliau kehendaki ialah supaya perbincangan mengenainya, diteruskan.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perbincangan mengenainya telah diadakan.

Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, kedua belah pihak sudahpun berbincang mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah memanjang jemputan kepada Saifuddin untuk "berbincang" mengenai penyertaan mahasiwa dalam politik.

 

 

 

 
ADS