Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak boleh selam: Zahid kata Nurul Izzah penderhaka
Diterbitkan:  Aug 19, 2010 12:09 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.

NONE “Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di masjid jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat Bagan Datoh, malam semalam.

"Walaupun kita sering berbeza pendapat tetapi biar perkara (kenyataan) yang benar, jangan sampai menjejaskan imej negara terutama yang melibatkan aset pertahanan negara."

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tuduhan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih  itu sebagai usang dan terpakai.

Laporan polis

Berikutan kenyataan itu, panglima tentera laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata ketua sel pasukan kapal selam TLDM, kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat PKR itu di balai polis Hulu Kelang.

Laporan polis juga dibuat ke atas wartawan akhbar

Malay Mail , Marhalim Abas berhubung perkara yang sama.

Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang ahli parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.

teoh beng hock memorial night 160710 nurul izzah “Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.

"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.

Beliau memberi amaran kepada semua ahli parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.

Kenyataan palsu

"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.

sepangar bay malaysia navy scorpene submarine port facility 140509 02 Malay Mail pula dalam artikel pada 7 Julai lalu melaporkan kedudukan KD Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerosakan dan tidak boleh menyelam.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan di dalam parlimen kedudukan sebenar kapal selam itu boleh menyelam, kalau tidak bagaimana boleh menyelam dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar, Sabah," katanya.

ADS