Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
CAP saran senaraikan hotel halal di internet
Diterbitkan:  Aug 19, 2010 1:29 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Kerajaan disaran memperkenalkan satu mekanisme komprehensif bagi menangani masalah hotel tanpa sijil halal, termasuk mewajibkan hotel dan restoren tertentu didaftarkan dengan jabatan agama negeri-negeri.

sm mohamed idris Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris ( kanan ) berkata, maklumat premis yang menyediakan makanan halal juga harus disiarkan dalam laman web jabatan itu untuk pemeriksaan dan pengesahan oleh umat Islam.

"Hotel dan restoran ini perlu juga diawasi secara berkala oleh jabatan agama Islam begeri dan juga oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan pakar teknologi makanan untuk menentukan mereka mematuhi pensijilan halal mereka," katanya.

SM Mohamed mengulas laporan media bahawa majoriti hotel di Malaysia masih tidak mempunyai sijil halal daripada JAKIM.

Semalam, sebuah harian berbahasa Melayu melaporkanmakanan yang dihidangkan dalam bufet Ramadan di 70 peratus hotel di Lembah Klang tidak halal, malah dalam keadaan tertentu alkohol digunakan dalam penyediaan makanan.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, SM Mohamed juga menggesa kerajaan mengeluarkan arahan mandatori supaya hotel yang menghidangkan makanan untuk orang Islam mendapatkan sijil halal.

"Prosedur berhubung pemprosesan dan pembungkusan makanan halal juga perlu diawasi secara berkala memandangkan kebanyakan hotel di negara ini menggunakan perkhidmatan pakar asing yang mungkin tidak jelas mengenai konsep makanan halal," katanya.

Mengulas isu makalan tidak halal di dalam bufet Ramadan, SM Mohamed berkata gejala itu jelas menunjukkan bagaimana isu makanan dipandang ringan oleh pihak hotel.

Katanya, ia "jelas menunjukkan sikap tidak menghormati kesucian amalan Islam terutama pada bulan Ramadan yang suci".

ADS