Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengetua 'rasis': Pemuda BN senada dengan DAP
Diterbitkan:  Aug 19, 2010 5:24 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Pemuda BN turut menyeru kerajaan tidak memandang remeh isu seorang pengetua yang didakwa menghamburkan kenyataan perkauman supaya ia menjadi isyarat tegas terhadap tindakan bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

NONE Sehubungan itu, gabungan 14 sayap Pemuda dalam parti itu sepakat berpendapat insiden yang didakwa berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Kulai, haruslah disiasat sepenuhnya dan sekiranya benar hendaklah dihukum dengan keras.

Menurut satu kenyataan bersama hari ini, Pemuda BN mencadangkan hukuman yang berat dikenakan menurut peruntukan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sekyen tersebut - berhubung "kecenderungan menghina bagi tujuan mencetuskan provokasi bagi mengganggu keharmonian" - memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Senada dengan DAP?

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

[Baca berita penuh]

ADS