Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Star RFM Sdn Bhd Datin Linda Ngiam berkata isu melibatkan penggantungan tugas DJ Jamaluddin Ibrahim dan lima kakitangan lain stesen radio 988 tidak membabitkan tekanan politik daripada MCA tetapi hanya satu "masalah pengurusan" sahaja.

Li NONE nda juga menegaskan, Star RFM yang memiliki stesen berkenaan tidak tunduk kepada mana-mana arahan politik mengenai "apa yang patut atau tidak patut dilakukan."

Menurutnya lagi, program 'Hi Malaysia' yang dikendalikan Jamaluddin sebelum ini, akan diteruskan oleh DJ lain tanpa melibatkan perbincangan atau panggilan pendengar.

Linda berkata pegawai SKMM itu tiba sekitar jam 10 pagi dan mengadakan perbincangan ringkas dengan DJ di radio milik MCA itu.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas kedatangan seorang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ke stesen radio berkenaan hari ini.

Tambahnya, SKMM telah menyerahkan sepucuk surat kepada stesen tersebut, yang mendakwa rancangan 'Hi Malaysia' itu mengandungi laporan yang berat sebelah.

Rancangan itu juga didakwa disiarkan menggunakan bahasa kasar dan secara umumnya disifatkan sebagai "tidak senonoh (indecent)," kata Ngiam ketika membacakan surat berkenaan.

Bagaimanapun, salinan surat berkenaan tidak diedarkan kepada media.

Linda berkata, SKMM melalui surat tersebut telah menasihat stesen berkenaan supaya menyiarkan kandungan yang "tidak terlalu kontroversi" untuk mengelak daripada menjejaskan sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Menurut Linda lagi, Star RFM masih meneliti pelanggaran garis panduan untuk program DJ, seperti yang didakwa oleh SKMM.

azlan

Beliau juga berharam SKMM akan membantu untuk mengenalpasti segmen dala m siaran berkenaan yang didakwa mengandungi kandungan terlarang itu.

Selain Jamaluddin, ketua pegawai eksekutif  988 Wong Lai Ngo dan pengurus kanan program Tan Chia Yong turut digantung tugas pada hari yang sama oleh Star RFM. Tiga lagi DJ turut menerima nasib sama.

Jamaluddin dan Wong dilihat sebagai penyokong kuat bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Kemenangan Datuk Seri Chua Soi Lek pada Mac lalu menimbulkan spekulasi terhadap masa depan penyokong Ong.

 

 

 

ADS