Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Peguam VK Lingam memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa inkuiri insiden ‘pita Lingam’ telah menafikan beliau hak bagi menjawap beberapa pertuduhan - sehubungan itu, beberapa keputusan panel berkenaan seharus melalui semakan kehakiman semula.

“Saya hanya mahu membersihkan nama saya,” kaya Lingam, setelah mengemukakan permohonan 80 mukasurat. Beliau mewakili dirinya sendiri.

Ling azlan am memohon semakan kehakiman bersama dua bekas hakim, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Ketiga-tiga mereka bersama ahli perniagaan jutawan, Tan Sri Vincent Tan dan setiausaha agung Umno, sekarang, Datuk Tengku Adnan Mansor, telah dinafikan oleh Mahkamah Tinggi (bahagaian kuasa-kuasa khas dan rayuan) pada 12 Disember 2008, hak untuk merayu penemuan inkuiri suruhajya diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu.

Lingam memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan bahawa sesetengah dakwaan yang dilemparkan ke atasnya semasa inkuiri itu hanya dibuat selepas dia memberi keterangan. Justeriu dia tidak mempunyai peluang menjawab pertuduhan berkenaan.

Katanya, Mahkamah Rayuan perlu menyemak hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bahawa beliau telah melakukan kesalahan jenayah, kerana ia merupakan serangan terhadap reputasi peguam itu.

azlan Lingam berkata walaupun tidak pernah didakwa, reputasinya telah tercemar dengan teruk, oleh itu, mengikut perlembagaan persekutuan, beliau berhak melindunginya.

"Oleh itu, saya adalah individu yang terjejas dengan teruk berikutan keengganan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan saya untuk mencabar penemuan Suruhanjaya Diraja itu," katanya semasa berhujah di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Pada 12 Dis 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

vk lingam ahmad fairuz chief justice video sequence Dalam penemuannya, panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, lima yang lain mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula supaya hasil penemuan suruhanjaya itu dibatalkan.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan telah menarik balik rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada awal tahun ini.

Pesuruhjaya berkenaan -- pengerusi Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Peguam Cara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim -- bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu.

Pada prosiding hari ini, Lingam juga berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila merumuskan bahawa penemuan suruhanjaya itu bukan satu keputusan kerana isu berhubung ketulenan video klip terbabit secara jelas menunjukkan yang ia memang satu keputusan.

Oleh itu, beliau berkata hasil penemuan suruhanjaya berkenaan boleh disemak.

vk lingam tape 3rd part 280108 Dalam hujah bertulis setebal 80 muka surat yang menggariskan lapan alasan, Lingam berkata beberapa dakwaan terhadapnya juga hanya dibuat selepas beliau memberi keterangan pada inkuiri itu, dan ini menyebabkan ia tidak boleh dijawab.

Sehubungan itu, katanya, Mahkamah Tinggi seharusnya memberikan kebenaran supaya kes itu boleh didengar berdasarkan merit.

Beliau berkata berkata suruhanjaya itu juga telah bertindak melampaui terma dan bidang kuasanya, serta hilang fokus selain berbuat sesuka hati, dan ini telah menyebabkan wujudnya ketidakadilan terhadapnya.

Beliau juga berkata empat pesuruhjaya iaitu Haidar, Shim, Shankar dan Khoo sepatutnya menarik diri daripada inkuiri kerana wujud konflik kepentingan dan ini telah menyebabkan penemuan yang diperoleh adalah berat sebelah.

Peguam Ahmad Fairuz iaitu Datuk Mahinder Singh Dulku pula berhujah bahawa orang awam telah menghakimi anak guamnya terlebih dahulu sebelum inkuiri tersebut bermula.

Beliau berkata Perkara 125(3A) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa mana-mana hakim yang didapati melakukan salah laku, boleh dihadapkan kepada satu tribunal, namun imej Ahmad Fairuz telah tercemar terlebih dahulu hasil penemuan suruhanjaya berkenaan.

Sementara itu, peguam Mohd Eusoff iaitu Datuk Hazman Ahmad pula mengguna pakai hujah yang diutarakan Lingam dan Mahinder.

Datin Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya pula berkata penemuan inkuiri tersebut tidak boleh disemak atau dicabar kerana ia bukan satu keputusan, dan tidak memberi kesan terhadap hak seseorang individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Mahkamah akan membuat keputusan berhubung rayuan itu esok.

[Baca berita penuh]

ADS