Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman Kudus ditolak, buang kerja sah
Diterbitkan:  Aug 27, 2010 1:08 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa pengarah penguatkuasaan Abdul Kudus Ahmad yang dibuang kerja  oleh majlis perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tujuh tahun lalu adalah sah.

Hakim menolak dengan kos saman Abdul Kudus terhadap lembaga disiplin MPAJ pada  11 Jun, 2003.

NONE "Plaintif (Abdul Kudus) tidak berhak mempersoal motif defendan (MPAJ) kerana beliau ada perjanjian dengan sukarela," kata hakim itu.

Dengan itu, beliau berkata surat buang kerja terhadap Abdul Kudus adalah sah dan MPAJ berhak menamatkan khidmat pengarah penguatkuasaan itu.

Noor Azian berkata ketika membuat keputusan itu, beliau terikat dengan dua kes mahkamah persekutuan, mengenai klausa penamatan pada perjanjian yang menyatakan bahawa majikan berhak menamatkan khidmat pekerja dengan notis yang diberikan dengan munasabah.

Beliau membuat keputusan itu setelah mendengar perbicaraan penuh mengenai saman tersebut. Kedua-dua pihak berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi penyelesaian di luar mahkamah dan jika gagal mahkamah akan meneruskan perbicaraan berkaitan saman itu.

Tiga saksi memberikan keterangan pada perbicaraan itu. Mereka ialah Abdul Kudus, yang merupakan satu-satunya saksi pihak plaintif, dan dua orang saksi untuk MPAJ, mereka ialah pegawai peribadi Norlela Kamsi dan setiausaha Abdul Hamid Hussin.

Pada 7 Jun, 2006, Abdul Kudus memfailkan satu saman mengenai beliau dibuang kerja dengan mengatakan ia tidak sah dan menyalahi undang-undang.  

Abdul Kudus mendakwa bahawa beliau ada perjanjian dengan MPAJ untuk berkhidmat sebagai pegawai penguatkuasaan selama tiga tahun berkuatkuasa dari 15 Jan, 2001 tetapi lembaga disiplin telah menamatkan khidmatnya setelah memberikan pertimbangan berdasarkan dengar-dengar cakap, dengan mendakwa bahawa seorang menteri telah memfitnah beliau dalam akhbar tempatan.  

Beliau juga mendakwa bahawa beliau tidak diberikan peluang untuk mengurangkan hukuman, mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau adalah seorang pegawai penguatkuasaan dan layak untuk mendapatkan gaji dan faedah yang tertunggak serta ganti rugi am.

MPAJ mempertahankan bahawa pembuangan kerja itu dibuat mengikut undang-undang.

Pada 30 Jun tahun lalu, mahkamah Sesyen Ampang mengenakan hukuman terhadap Abdul Kudus 47 tahun dengan keseluruhan 11 tahun dan penjara 10 bulan dan denda RM370,000 serta 24 kes rasuah berjumlah RM59,000.

 Mahkamah tinggi Shah Alam akan memberikan keputusan mengenai rayuan beliau pada 2 Sept.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Kudus, 48, berkata beliau tidak menjangkakan keputusan seperti itu, sambil menambah sehingga kini beliau tidak tahun sebab-sebab beliau dibuang kerja.

- Bernama

ADS