Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluar BN: Keputusan di tangan presiden Supp
Diterbitkan:  Aug 27, 2010 1:31 PM
Dikemaskini: 5:43 AM

Persoalan sama ada masyarakat Cina di Sarawak tanpa wakil dalam kerajaan BN jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) memutuskan untuk menarik diri daripada BN, hendaklah ditujukan kepada presiden parti, kata naib presiden Supp Datuk Yong Khoon Seng.

Yong, yang juga timbalan menteri kerja raya berkata beliau tidak wajar untuk memberikan pandangannya mengenai isu itu pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan keseimbangan parti majoriti Cina itu, antara empat anggota parti campuran di Sarawak.

siby by-election nomination day 080510 bn supp flag frontimage "Tidak ada arahan agar jangan bercakap tetapi apa sahaja yang melibatkan keputusan besar parti itu mestilah datangnya daripada presiden (Tan Sri Dr George Chan)," kata Yong kepada pemberita selepas melancarkan program "Mempopularkan Kibaran Jalur Gemilang" anjuran jabatan hal ehwal khas Sarawak, (Jasa) di India Street Pedestrian Mall di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu kerana beliau kini sedang bercuti di luar negara.

Semalam, timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Supp hendaklah memikirkan dengan serius mengenai masa hadapan masyarakat Cina di negeri ini sebelum membuat sebarang keputusan.

george chan supp 031106 Abang Johari, yang juga menteri perumahan dan pembangunan bandar, dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang pemimpin bumiputera, beliau pasti mahukan masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan kecuali Supp ingin melepaskan peluang itu.

Dalam menasihati Supp untuk bekerja keras bagi menawan semula kepercayaan masyarakat Cina, beliau berkata PBB tidak akan campur tangan dalam masalah itu kerana Supp  mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berkemampuan untuk mengatasinya.

Supp gagal mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya negeri baru-baru ini sementara ia tewas dalam lapan daripada 19 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri 2006.

Terdahulu Yong berkata beliau yakin bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat pelbagai bangsa boleh diperkuatkan menerusi kibaran Jalur Gemilang, khasnya semasa sambutan Merdeka sebulan itu.

Sebanyak 1,200 bendera diedarkan kepada premis perniagaan di sepanjang  India Street sebagai sebahagian kempen seluruh negara untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan penduduk bandar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS