Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahmad: Heret segera Namwee ke mahkamah
Diterbitkan:  Aug 31, 2010 5:06 PM
Dikemaskini: Sep 1, 2010 1:26 AM

Wee Meng Chee atau "Namewee" perlu diheret ke mahkamah secepat mungkin kerana tindakannya menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman, kata Datuk Ahmad Maslan.

namewee go to ttdi police station 310810 02 Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan pemuda itu yang berasal dari Muar menunjukkan beliau buta sejarah negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceria Bubur Lambuk 1Malaysia di Kulaijaya hari ini, Ahmad berkata, tindakan terhadap Namewee perlu disegerakan sebagaimana tindakan pantas kerajaan mengheret mereka yang bertanggungjawab di dalam beberapa isu perkauman baru-baru ini.

Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya kerakyatan Namewee itu dilucutkan, Ahmad berkata, soal hukuman terserah kepada mahkamah.

Katanya, klip video perkauman oleh Namewee itu yang tersiar di YouTube, membuktikan betapa pentingnya pengajaran sejarah negara di sekolah-sekolah dipertingkatkan.

Beliau berkata, kaedah pengajarannya juga perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan selari dengan perkembangan dunia kini, supaya ia lebih menarik generasi muda.

Ahmad turut menyarankan supaya lebih banyak buku yang menyentuh tentang sejarah negara diterbitkan.

--Bernama

ADS