Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS hari ini dikunjungi wakil pembangkang Indonesia bagi membincangkan isu hak asasi manusia melibatkan pendatang republik itu dan hubungan semasa kedua-dua negara.

Dalam pertemuan di Parlimen, PAS diwakili timbalan presidennya Nasharuddin Mat Isa manakala pembangkang berpengaruh daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pula diwakili anggota Dewan Permesyuaratan Rakyat Rieke Diah Pitaloka.

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 2 Bersama-sama Rieke, tiga lagi wakil daripada NGO hak pendatang yang dikenali sebagai Migrant Care.

Bercakap dalam sidang media selepas pertemuan 40 minit itu, Nasharuddin berkata kedua-dua pihak bersedia memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

Katanya, mereka juga bersetuju pihak yang melakukan kesalahan dihukum tanpa melanggar batasan hak asasi manusia yang digariskan.

"Kita juga perlu pastikan wujudnya keadilan dalam dalam proses perundangan," katanya yang juga ahli parlimen Bachok.

Nasharuddin juga menegaskan, PAS konsisten untuk membela isu-isu yang berkaitan dengan rakyat Indonesia di Malaysia termasuk membangkitkan dan membahaskannya di Parlimen.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama juga Rieke berharap dengan pertemuan itu, hubungan bilateral dengan Malaysia akan lebih kukuh.

NONE "Ia akan menjadi hubungan sejati, benar-benar sejati bukan sahaja hanya untuk orang yang berkuasa, tetapi ia dapat dirasai oleh masyarakat biasa," katanya.

Mengulas mengenai insiden demontrasi dan membakar bendera Malaysia di hadapan kedutaan Malaysia di republik itu, termasuk isu "sweeping Malaysia", Rieke berkata beliau berharap kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas mengenai perkara itu.

"Jangan sampai masyarakat sivil mengambil tugas negara. Saya menolak kekerasan dalam apa-apa (bentuk) pun," katanya lagi ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu.

ADS