Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penjawat awam Sabah pula terima bantuan khas raya
Diterbitkan:  Sep 2, 2010 5:54 PM
Dikemaskini: 9:58 AM

Kerajaan negeri Sabah telah meluluskan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 17,587 anggota perkhidmatan awam negeri yang layak selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

musa aman pc in sabah 190608 01 Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, sebanyak RM9.73 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan bayaran dijangka dapat dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Keputusan pembayaran bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun negeri untuk penerimaan tertakluk kepada kemampuan masing-masing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, di Kota Kinabalu hari ini.

Bayaran bantuan khas itu kata Musa, adalah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan Sabah kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang telah menunjukkan komitmen dalam membangunkan Sabah dan Malaysia amnya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS