Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Nah' - Namewee disiasat SKMM lebih tujuh jam
Diterbitkan:  Sep 4, 2010 9:24 AM
Dikemaskini: 1:40 AM

Pencipta lagu kontroversi, Wee Meng Chee semalam disoal siasat lebih tujuh jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung klip videonya dalam YouTube, yang mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Johor kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

namewee nah 030910 Beliau yang lebih dikenali sebagai Namewee ditemani pengurusnya Fred Wong, tiba di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 12.30 tengah hari dan selesai memberi keterangan kira-kira 8 malam semalam.

Ketika ditemui pemberita, Wee berkata beliau diminta hadir untuk memberi keterangan berhubung klip video berkenaan.

Katanya, beliau disoal siasat empat pegawai polis dan SKMM, namun enggan mendedahkan maklumat yang diberikan kepada mereka.

namewee nah 020910 "Mereka tidak memberi sebarang amaran kepada saya atau mengugut saya dengan tindakan tertentu. Mereka hanya ingin mendapatkan butiran mengenai video klip yang saya hantar dan saya telah menjawab semua soalan mereka.

"Saya menjawab dengan jujur kerana saya tidak mempunyai sebab untuk berasa takut, niat saya menghantar klip video itu ialah sebagai bantahan terhadap sikap perkauman dan bukan kerana saya rasis," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS