Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gambar palsu: Tujuk bukti sebelum tuduh, kata Azhar
Diterbitkan:  Sep 4, 2010 1:13 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mendawa Umno sebagai dalang yang memalsukan gambar Ketua Menteri Lim Guan Eng menyembelih seekor lembu.

Beliau yang juga ketua pembangkang menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dan menegaskan bahawa itu bukan cara Umno untuk mendapatkan populariti.

NONE "Tuduh menuduh ini bukan cara kami (Umno), kalau benar gambar itu Umno yang buat, tunjukkan bukti. Mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lain bagi menutup kesalahan sendiri juga bukan kerja Umno, ini kerja Pakatan Rakyat," katanya di Kepala Batas hari ini.

Azhar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta memgulas tuduhan Pakatan Rakyat bahawa Umno telah menyebarkan gambar palsu Lim sedang menyembelih lembu yang dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti agama.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa kepada 110 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sumbangan hari raya kepada 300 penerima oleh bekas perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di Kepala Batas, hari ini.

Azhar juga menyerahkan perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mencari kebenaran dan membuat tafsiran.

- Bernama

ADS