Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tanah runtuh: Keluarga saman pemaju, SYABAS
Diterbitkan:  Sep 8, 2010 1:18 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Tiga keluarga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat pemaju, Superview Development Sdn Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kecuaian berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008.

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03 Mereka menuntut ganti rugi di antara RM1.5 juta dan RM2.2 juta.

Keluarga berkenaan adalah Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, Harveen Kaur Balbhir Singh dan K Thanarajah yang memfailkan saman tersebut secara berasingan.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif memperincikan butiran kecuaian pemaju yang dinamakan defendan pertama sebagai pemilik tanah. Antaranya kegagalan mereka membina landai yang selamat, melantik orang yang berkelayakan, membina dan menyelenggara perparitan yang sempurna dan mengalihkan rumah-rumah yang terbengkalai.

Manakala kecuaian SYABAS selaku defendan kedua pula antaranya, gagal menyelenggara paip air aktif di dalam dan sekeliling landai rumah yang terbengkalai, gagal memastikan paip air aktif tidak bocor dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

bukit antarabangsa landslide victim unglu farid ungku abdul rahman interview 121208 02 Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.

Kejadian pada 6 Disember 2008 di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa itu mengorbankan lima nyawa manakala 14 banglo musnah.

Mereka yang terbunuh itu adalah veterinar Dr S Yogeswari, 39, bersama dengan empat yang lain, seorang pelajar Shaiful Khas Shahrudin, 20, akauntan Eng Yee Peng, 30, pembantu rumah warga Indonesia Surinah, dalam lingkungan 30an dan pembantu rumah warga Sri Lanka dalam lingkungan awal 50an.

Serentak dengan kejadian itu, seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh itu juga diarahkan supaya berpindah. 

ADS