• Khalid: Pencemaran ammonia kini dikekang
  • 1283996728
  • Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid  Ibrahim berkata masalah pencemaran sisa buangan mengandungi ammonia yang mengalir ke dalam Sungai Kembong yang menjadi sumber air mentah Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah berkurangan.

    Menurut laporan akhbar semalam, sisa buangan mengandungi ammonia daripada pusat pelupusan sampah berdekatan Sungai Kembong itu dikendalikan oleh Worldwide Holdings Bhd mengalir ke sungai itu kerana ban yang dibina untuk menahan sisa buangan itu pecah.

    Abdul Khalid berkata beliau dimaklumkan bahawa pencemaran ammonia itu dapat dikurangkan setelah ban yang pecah itu dibaiki semula dan keadaan ini perlu dipantau oleh pihak Worldwide.

    Antara punca ban itu pecah ialah kemungkinan hujan lebat sejak ebelakangan ini dan perkara ini perlu diambil kira oleh Worldwide bagi emastikan ia tidak berulang, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar elepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Shah Alam, semalam.

    Ditanya sama ada pusat pelupusan sampah itu akan ditutup, beliau berkata: Saya memang nak tutup. Kita dah suruh tutup tetapi menutup sahaja tidak boleh enyelesaikan masalah tersebut sebab kita mesti mengeluarkan lendir 'leachate' yang ini dalam proses untuk dikeluarkan supaya tempat itu lebih kering lebih selamat."
        
    Beliau berkata Worldwide terpaksa berbelanja lebih daripada RM3.5 juta untuk menyelesaikan perkara itu dan ia memakan masa yang lama kerana perlu dilakukan berperingkat-peringkat.

    Abdul Khalid pada masa yang sama berkata tidak ada koordinasi di antara kerajaan negeri yang menjaga bekalan air menerusi anak syarikatnya Konsortium ABBAS Sdn Bhd yang mengendalikan operasi loji rawatan air Sungai Semenyih dengan syarikat yang mengedarkan air kepada pelanggan, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi menghadapi masalah pencemaran seperti ini.

    Beliau mendakwa kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan belanja bagi menjaga kualiti air manakala SYABAS hanya menjual air bersih kepada pengguna.

    Tanggungjawab menjaga punca air ini akan lebih cekap atau berkesan apabila tanggungjawab mengedar air ini disatukan sebagaimana dirancang oleh kerajaan negeri di bawah penstrukturan semula industri air Selangor, katanya.

    Kesan daripada pencemaran ammonia itu mengakibatkan gangguan bekalan  air bersih kepada kira-kira 1.2 juta penduduk di Petaling Jaya, Hulu  Langat, Sepang dan Kuala Langat sejak semalam.
        
    - Bernama