Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hak asasi: Lebih ramai rakyat peka, kata Suhakam
Diterbitkan:  Sep 9, 2010 10:05 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata lebih ramai rakyat Malaysia peka dengan pengertian hak asasi manusia.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata ini terbukti dengan lebih ramai rakyat negara ini tampil untuk menggunakan kaedah Suhakam.

NONE "Mereka termasuk kumpulan mudah terdedah dan terpinggir, penduduk pribumi, wanita dan kanak-kanak, golongan berusia dan terpinggir dari segi ekonomi yang tidak mempuyai jalan keluar untuk menyalurkan rungutan masing-masing," katanya.

Dalam kenyataan bagi memperingati Hari Suhakam hari ini, Hasmy berkata antara aktiviti yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu termasuk siasatan awam berhubung penahanan peguam Biro Bantuan Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu.

Selain itu, Suhakam juga telah menanjurkan latihan mengenai hak asasi manusia untuk pegawai polis dan anggota RELA serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Katanya aduan kepada Suhakam itu termasuk kegagalan polis mengambil tindakan, tangkapan dan penahanan, penggunaan kekerasan yang keterlaluan oleh pegawai penguatkuasa, siasatan terpilih dan penafian hak untuk berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara.

 

"Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan Suhakam adalah berhubung soal mmemeluk agama Islam," katanya.

conference of rulers majlis raja raja Menurutnya pihaknya telah mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja tahun lepas dengan mengesyorkan keseragaman dalam pentadbiran undang-undang Syariah antara negeri dan prosedur jelas mengenai kes memeluk agama Islam.

Hasmy berkata suruhanjaya itu akan meneruskan usaha yang dicapai sebelum ini sejak badan itu ditubuhkan pada 9 Sept, 1999 dengan memuji tindakan positif kerajaan bagi melindungi dan mendokong hak asasi manusia.

kedah anti gambling sports judi demo 280510 "Ia adalah menyelitkan 'gender' sebagai salah satu alasan melarang diskriminasi, memperbaiki keadaan pusat penahanan dan lokap polis, menggunapakai Konvensyen Menentang Rasuah dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya," katanya.

Hasmy berkata selain mengadakan proses dialog dengan agensi kerajaan berkaitan, suruhanjaya itu akan terus menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan ahli-ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan media.

- Bernama

ADS