• http://media1.malaysiakini.com/284/e2d31b9fb9f7549f9681ba08d71073a9.JPG
  • Laporan PERKASA: Chua disoal polis
  • Joseph Sipalan
  • 1284003539
  • Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini dipanggil ke balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk diambil kenyataannya berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

    Polis mengambil masa satu jam setengah untuk menyoalnya berhubung dakwaan PERKASA bahawa Chua mempersoalkan hak keistimewaan Melayu semasa ucapannya di Kongres Ekonomi Cina bulan lalu.

    NONEBercakap kepada media selepas keterangannya itu dirakamkan, Chua berkata sesalinan ucapannya juga telah diberikan kepada pihak polis.

    Beliau mempertahankan ucapannya yang didakwanya tidak bermotifkan perkauman dan hanya tertumpu kepada usaha liberalisasi ekonomi negara.

    "Apa yang saya katakan adalah yang baik untuk negara, khususnya ekonomi Malaysia...tiada motif yang tersembunyi,” katanya.

    Pada kongres anjuran MCA itu, Chua dilaporkan menuntut agar ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

    PERKASA menerusi timbalan pengerusi biro undang-undangnya Amir Hassan, membuat laporan polis pada 18 Ogos lalu terhadap ucapan Chua itu.

    [Baca berita penuh]

    • KJ: PERKASA punca BN hilang undi
    • PERKASA mahu presiden MCA disiasat
    • PERKASA beri kata dua kepada PM