Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ops Sikap: 18 terkorban pada hari keenam
Diterbitkan:  Sep 9, 2010 3:01 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Sebanyak 18 kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula Jumaat lalu meningkat kepada 95 orang, setakat ini.

Laporan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia mencatatkan mereka yang terkorban ialah tujuh masing-masing penunggang motosikal dan pengguna kereta, lori (2), dan masing-masing seorang penumpang bas dan pejalan kaki.

bus accident in bukit gantang 130807 Selain itu, sebanyak 1,336 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 177 di lebuh raya, 340 di jalan persekutuan, 222 di jalan negeri, 517 jalan bandaran dan 80 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 8,772 saman sudah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya setakat ini.

Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September.

- Bernama

ADS