Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aliran trafik dijangka sesak lewat petang ini
Diterbitkan:  Sep 9, 2010 3:06 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kini semakin meningkat dan keadaan dijangka bertambah sesak menjelang lewat petang ini apabila semakin ramai warga kota memulakan perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri esok.

azlan Jurucakap trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata kesesakan dijangka bermula lewat petang memandangkan hari ini masih ramai warga kota yang bekerja dan masing-masing akan memulakan perjalanan selepas waktu pejabat.

"Aliran menuju ke Kuantan dan Lebuhraya Pantai Timur masih lagi terkawal sekalipun jumlah kenderaan meningkat. Setakat ini tiada nahas jalan raya dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, laman web LLM melaporkan aliran trafik menghala ke selatan semakin sibuk terutama di antara Nilai dan Seremban.

Bagaimanapun, laluan trafik ke utara masih lancar sehingga tengah hari ini, kata laman web itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS