• Panggil pulang duta: KJ cari publisiti murahan
  • 1284025766
  • Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak akan dipanggil pulang kerana tindakan itu hanya akan memburukkan hubungan harmoni antara kedua-dua negara yang terjalin sekian lama, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

    foreign minister anifah amanMengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, beliau berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

    "Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini.

    "Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di Putrajaya hari ini.

    Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

    NONEBeliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lalu.

    Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu.

    NONE"Kita tidak sepatutnya masuk dalam perangkap jenis ini. Dia masih muda dan banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai diplomasi," katanya.

    Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.

    Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lalu, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan.

    - Bernama
    • Panggil pulang warga kedutaan M'sia, kata KJ
    • Mahasiswa Indonesia pula demo di kedutaan M'sia
    • Polis Marin M'sia nafi bogelkan pegawai Indonesia
    • 'Sweeping': Pak polis ini polis Indonesia atau M'sia?
    • Hina bendera: Pemuda Umno, NGO serah bantahan
    • Dua ditahan cuba bakar bendera Indonesia
    • Tangkapan pegawai Indo: M'sia tak akan minta maaf
    • Demo Jakarta: Bendera M'sia dibakar, diludah
    • Demonstrasi desak halau duta M'sia
    • Hina M'sia: Pemuda Umno 'bertindak balas'
    • Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak