Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian R Gunasegaran ketika dalam tahanan terletak di pihak polis kerana ‘tindakan dan kelalaian’ mereka.

Peguam M Visvanathan, yang mewakili keluarga Gunasegaran mendakwa polis ‘mempercepatkan’ kematian Gunasegaran dengan membelasahnya ketika dalam tahanan dan gagal memberikan bantuan kecemasan ketika dia pengsan.

NONE Visvanathan berkata anggota polis yang terbabit dalam kes itu juga gagal menjalankan tanggungjawab mereka kerana tidak bertindak atas maklumat yang diberikan ketika kenyataan mangsa dirakamkan.

"Nampaknya seolah-olah wujud konspirasi di kalangan beberapa pihak untuk menutup kebenaran di sebalik kematian Gunasegaran,” katanya semasa inkues.

Visvanathan juga mendakwa enam anggota polis yang bertindak sebagai saksi berbohong kepada mahkamah dan memberikan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain berhubung beberapa isu.

Beliau mempertahankan bahawa Gunasegaran mati akibat kecederaan parah sepanjang kira-kira satu kaki dan lima sentimeter dalam di dadanya yang dipercayai disebabkan disepak oleh Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib, dan bukannya kerana mengambil dadah berlebihan seperti didakwa oleh timbalan pendakwa raya Shashitah Mohamad Hanifa.

Gunasegaran, 31, ditangkap atas kesalahan dadah. Dia pengsan ketika polis mengambil cap jarinya semasa dalam tahanan antara jam 6.45 hingga 7 petang dan diisytiharkan mati pada jam 7.40 petang pada 16 julai tahun lalu di hospital Kuala Lumpur.

Pihak polis dalam laporan rasminya berkata Gunasegaran mati kerana menyalah-gunakan dadah.

[Baca berita penuh]

ADS