Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kini rasmi - Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

syed husin ali pc 140910 02 Bagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik.

“Sebenarnya, saya ingin melihat orang yang lebih muda dan aktif menggantikan saya, walaupun dalam umur tepat 74 tahun minggu depan, Insya Allah, saya terkadang merasa belum tua lagi. Saya ingin menumpukan lebih banyak masa kepada menulis. Selain isteri, anak dan cucu ini merupakan cinta utama saya.

“Sudah lama saya membayangkan hasrat mahu mengundurkan diri dari jawatan timbalan presiden bila sampai waktunya. Saya telah berbincang dengan keluarga, beberapa orang pemimpin parti dan juga sahabat rapat. Kini saya mengambil keputusan tidak akan bertanding,” katanya.

Sokong pemimpin ikhlas

Syed Husin, yang dilantik sebagai senator tahun lalu telah menjawat jawatan timbalan presiden untuk selama dua penggal apabila pengabungan kedua-dua parti itu membentuk PKR.

Keputusannya untuk mengundurkan diri itu pasti akan menghangatkan lagi pemilihan PKR di mana kerusinya itu sebelum ini diintai oleh naib presiden parti itu, Azmin Ali dan ahli majlis tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim.

Pada sidang medianya, hari ini, beliau bagaimanapun belum bersedia memaklumkan siapa yang bakal disokongnya bagi mengisi jawatan nombor dua PKR.

azlan "Saya berharap ahli akan memilih pemimpin yang ikhlas terhadap perjuangan PKR dan mempunyai pendirian tegas terhadap rasuah.

"Terserahlah kepada anggota-anggota parti bagi menentukan siapakah yang mereka mahu menjadi pemimpin. Cara pemilihan, yang baru diperkenalkan oleh PKR dengan memberi setiap anggota satu undi adalah cara yang demokratik,” katanya.

Ditanya oleh wartawan sama ada beliau menghadapi tekanan untuk berundur selepas beberapa ahli parlimen dan ADUN PKR secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Azmin, Syed Husin menafikannya.

"Saya tidak tertekan...Jika saya rasa tertekan, adalah menjadi tanggungjawab moral saya memaklumkannya kepada parti,” katanya.

syed husin ali pc 140910 01 Diminta mengulas kenyataan Zaid bahawa beliau bakal menerima nasib yang sama seperti yang menimpa timbalan presiden Umno Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Umno, Syed Husin berkata “ terpulang kepadanya untuk membuat komen itu, mungkin itu taktiknya, mungkin dia tidak yakin tetapi saya tidak fikir dia akan menghadapi nasib yang sama.”

Syed Husin berkata beliau menyokong cadangan sesetengah anggota parti yang mahu melihat gandingan Anwar-Azizah menerajui PKR.

"Saya suka melihat gandingan Anwar dan Wan Azizah dan pada hakikatnya gandingan ini sudah pun wujud sekian lama secara tidak rasmi. Tetapi tidak semestinya apa yang saya suka akan berlaku.

"Saya melihat gandimngan Anwar dan Wan Azizah akan mengurangkan persengkataan dalam parti terutamanya berhubung perebutan jawatan timbalan presiden. Jika parti lebih bersatu dan mantap maka ia akan lebih bersedia dan kuat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

[Baca berita penuh]

ADS