Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mempertahankan Umno yang telah dilabel sebagai parti rasis oleh pembangkang bukan sebagai parti yang menjuarai ketuanan Melayu.
"Dalam hubungan saya ataupun hubungan MCA dengan Umno, saya tidak pernah terdengar mana-mana pemimpin Umno yang mengatakan bahawa Melayu adalah lebih unggul atau mulia daripada bukan Melayu,” katanya.
Chua berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau bersetuju dengan komen negarawan Singapura Lee Kuan Yew dalam temu bual di New York Times pada 1 Sept, yang menyifatkan Malaysia sebagai dalam "keadaan yang paling tidak menggembirakan".
Lee antara lain dilaporkan dalam temu bual itu berkata, "tidak seperti Singapura, tidak terlalu mempertahankan budaya Cinanya, Malaysia mengambil perkembangan lain dengan rakyat Malaysia melihatnya sebagai sebuah negara Melayu di mana semua yang lain adalah orang tumpangan".
Lee berkata Malaysia akan mempunyai hubungan kaum yang lebih baik jika negara menjejaki langkah-langkah integrasi sosial yang diambil oleh republik itu.
Bekas perdana menteri Singapura itu juga mengkritik apa yang beliau takrifkan sebagai "hegemoni Melayu rakyat Malaysia", dengan mengatakan bahawa Melayu adalah bahasa sekolah, ia tidak membantu mereka memperoleh pengetahuan moden berbanding Melayu Singapura yang berpendidikan Inggeris dan moden dan memandang ke hadapan.
Menurut Chua, meskipun MCA mengakui masalah perhubungan kaum di negara ini adalah “ia tidak sebaik seperti yang sepatutnya” tetapi menekan adalah tidak adil bagi menuduh semua pemimpin Umno memainkan isu ketuanan Melayu.
"(Hubungan kaum yang longgar) adalah kerana selepas pilihan raya Mac 2008 - terdapat saingan sengit bagi mendapatkan sokongan,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan ahli perniagaan Cina dan pemimpin NGO di Wisma MCA.
"Di Malaysia, isu kaum adalah yang paling mudah untuk meraih sokongan, tetapi saya berpendapat tidak adil untuk mengatakan pemimpin Melayu sentiasa memaikan isu ketuanan Melayu.
"Ini adalah taktik pembangkang untuk memburukkan Umno.”
Bagaimanapun, Chua berkata MCA menghormati pandangan yang dikatakan Lee serta pemimpin lain seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan sayap kanan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) kerana orang berhak dengan pandangan mereka dan sebagai sebuah negara yang demokratik, orang bukan 100 peratus berkongsi pandangan.
"Bagaimanapun, pandangan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) lebih relevan kepada kita kerana Perdana Menteri adalah orang nombor satu di negara ini," kata beliau.
Chua berkata BN telah membuktikan ia mampu menguruskan hubungan bangsanya berbanding dengan parti pembangkang.
"Sebagai contoh di Pulau Pinang, saya tidak fikir mereka boleh menguruskan dengan baik dalam hubungan bangsa.
Sebab itu ada kumpulan tertentu mengadakan demonstrasi. Di Selangor, isu mengenai surat sokongan hanya dilihat membabitkan sebuah parti tertentu.
"Jika anda berkuasa selama 53 tahun dan jika anda tidak ada kecacatan, mungkin ada sesuatu yang salah dengan anda.
