Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Siapa musuh parti dalam PKR?
Diterbitkan:  Sep 15, 2010 10:23 AM
Dikemaskini: 2:31 AM

Ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti itu.

NONE Katanya, sejak isu pemilihan timbul, cara berkempen setakat ini adalah melabel mereka yang menawarkan diri tetapi tidak direstui sebagai ‘musuh parti’.

“Adakah benar saya ditaja oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen untuk menghancurkan parti? Itukah cara kempen setakat ini? Bahawa saya ini pengkhianat dan saya orang baru?

“Pada pendapat saya, isu kempen sebenarnya mudah sekali. Jika ahli-ahli PKR selesa dan berpuas hati dengan prestasi parti berteras reformasi ini, maka pilihlah calon-calon yang setia dan mereka dari Reformasi 1998. Jika ahli-ahli PKR percaya bahawa semua masalah dan kelemahan parti kita adalah ciptaan dan kerenah Umno, mereka patut memilih pemimpin yang sedia ada sebagai calon,” katanya dalam posting terbaru di blognya.

Menurut Zaid, beliau menawarkan diri sebagai calon hanya jika ahli PKR mahu alternatif dalam membuat perhitungan.

Tak masuk akal

Katanya lagi, beliau sebenarnya tidak mahu menjawab segala tohmahan tetapi tuduhan yang tidak masuk akal terpaksa dijawabnya.

anwar ibrahim sodomy allegation saiful bukhari azlan first day in court 070808 soh chee wen “Soh Chee Wen ( kiri ), setahu saya, adalah rakan akrab dan setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan telah membantu PKR. Azmin Ali, Syed Shahir dan (Datuk) Chua Jui Meng tahu hal ini. Saya kenal Soh kerana dia dilantik oleh Anwar untuk menganggotai biro politik PKR sembilan bulan lalu.

“Amat tidak masuk akal untuk Soh digambarkan sebagai orang jahat dengan serta-merta bila berkawan dengan saya, tetapi bila berkawan dengan Anwar, dia orang yang baik. Ini aneh sekali,” tulisnya.

Zaid sehubungan itu menafikan beliau dibiayai oleh Soh ataupun orang lain.

Nombor dua tak ada kuasa

“Lagipun jawatan timbalan presiden (PKR) itu  sebenarnya tidak ada kuasa. Nombor dua dalam politik Malaysia ini hanya untuk glamour dan nama saja, tidak ada banyak kuasa sangat.

anwar ibrahim pkr congress 021208 06 “Apa lagi dalam PKR, nombor satu pun tak ada kuasa seperti ketua umum, jawatan yang tidak boleh ditandingi. Jadi, saya tidak faham riuh-rendah pasal jawatan nombor dua ini,” tulisnya secara sinis.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan PKR, Syed Shahir Syed Mohamud yang juga merupakan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi amaran bahawa PKR telah dimasuki dan dirasuki musuh.

Bagaimanapun siapa musuh itu dan berapa jumlahnya tidak didedahkannya.

Pemilihan untuk jawatan nombor dua hangat, apabila penyandangnya, Syed Husin Ali mengumumkan hasratnya untuk berundur setelah memegangnya selama dua penggal.

anwar ibrahim pkr congress 021208 05 Selain Zaid yang mengintai jawatan itu, seorang lagi naib presiden Azmin Ali juga dikatakan berminat menjadi orang nombor dua PKR.

Bagi mengendurkan politiking dalam PKR, sesetengah pihak mencadangkan supaya Anwar dicalon menjadi presiden manakala presiden sekarang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah isterinya menjadi timbalan.

Namun Anwar yang juga adalah ketua umum PKR, semalam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.  

ADS