Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau tidak tersinggung dengan laporan yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang menyebabkan beliau diheret ke balai polis.

mca 140910 chua soi lek "Saya tidak tersinggung. Polis mempunyai hak untuk menyiasat dan selagi mereka bertugas dengan profesional, saya tidak mempunyai masalah,” katanya kepada wartawan selepas perjumpaan dengan persatuan pemilik kedai kopi dan barangan runcit hari ini.

Chua juga mengulangi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan beliau tidak sekali-kali mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Saya tidak pernah mempersoalkan hak sesiapa. Saya hanya mahu negara ini menjadi maju dan berkembang dari segi ekonomi,” katanya.

PERKASA membuat laporan polis mendakwa Chua mempersoalkan hak Melayu semasa ucapannya pada Kongres Ekonomi Cina pada Ogos lalu.

Khamis lalu, dalam siasatannya, polis mengarahkan Chua supaya hadir di balai polis Dang Wangi supaya kenyataannya dirakamkan.

NONE Lazimnya, jarang sekali ketua parti komponen BN dimalukan dengan disoal oleh polis berhubung ucapan mereka pada persidangan atau majlis tertentu dan diarahkan ke balai polis supaya kenyataan mereka dirakamkan.

Chua dibidas oleh pemimpin Umno dan PERKASA berhubung ucapannya  di kongres itu yang dianjurkan oleh MCA yang kemudiannya meluluskan deklarasi 12 perkara yang antara lain mahu ekuiti 30 peratus bumiputera dibubarkan dan perlaksanaan dasar tender terbuka.

[Baca berita penuh]

ADS