Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rampas Pulau Pinang: Gerakan belum putus asa
Diterbitkan:  Sep 15, 2010 5:16 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Gerakan masih belum berputus-asa dalam usahanya menawan semula Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh beberapa pemimpin Umno, kata naib presiden parti itu, Mah Siew Keong.

gerakan youth agm 2007 051007 mah siew keong Katanya, pemimpin Umno berkenaan telah salah-faham berhubung kenyataan pengerusi Gerakan, Datuk Teng Hock Nam bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sukar ditumbangkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita tidak sepatutnya salah faham dengan kenyataan Teng yang berkata sukar untuk mengambil balik Pulau Pinang...saya percaya niat Teng adalah untuk menyakinkan ahli Gerakan bahawa mereka perlu bekerja lebih gigih pada pilihan raya akan datang.

“Tidak dapat dinafikan situasi di Pulau Pinang sekarang tidak memihak kami, kita memerlukan kerjasama semua di Gerakan dan juga BN serta merangka strategi untung menang.

“Kita juga mesti realistik berhubung kelemahan kita. Kita tidak boleh menipu bahawa situasai sekarang adalah baik. Bagaimanapun jika kita bekerja keras, BN mempunyai peluang yang cerah,” kata Mah.

Menurutnya di sebalik prestasi buruk Gerakan pada pilihan raya 2008, parti itu tetap merupakan pilihan terbaik bagi memimpin BN di Pulau Pinang berdasarkan ‘rekod baiknya’ sejak 1972.

umno gerakan penang Mah mengulas kenyataan ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan timbalan pengerusi badan perhubungan Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman yang menggesa Gerakan menyerahkan kerusi-kerusinya kepada parti komponen BN yang lain kerana tidak yakin untuk menghadapi Pakatan.

Teng sebelum ini meramalkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan kekal sepenggal lagi selepas pilihan raya umum ke-13 tetapi kerajaan negeri Pakatan itu akan tumbang pada pilihan raya umum selepas itu.

ADS