Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azmin: Pertandingan tak akan pecahkan PKR
Diterbitkan:  Sep 16, 2010 2:41 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, keputusannya bertanding merebut jawatan timbalan presiden tidak akan sesekali memecahkan parti itu kerena ia akan berlangsung dalam suasanan sihat dan penuh semangat kekeluargaan.

azmin interview 260408 office "Saya tidak setuju pemilihan ini akan pecahkan parti kerana kita akan melangsungkan pemilihan kepimpinan ini dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan sepanjang proses kempen dan pemilihan parti.

"Kita ambil langkah berani utuk beri kuasa dan mandat kepada anggota untuk buat pilihan. Ini bukan kali pertama kita membuat pemilihan (parti)," katanya ketika ditanya pertembungannya dengan penyelaras Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim untuk jawatan nombor dua itu.

Azmin Ali hari ini menawarkan diri bertanding kerusi timbalan presiden PKR setelah penyandangnya Syed Husin Ali membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan itu.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti, anggota-anggota, termasuk perbincangan terus dengan Syed Husin.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Kota Kinabalu hari ini, Azmin yang juga bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim juga enggan menyentuh tentang 'taktik' Zaid sebagai pesaingnya.

Azmin bagaimanapun menegaskan pemilihan parti kali ini harus mampu menjana perubahan untuk pilihan raya umum yang akan datang serta bebas daripada politik wang.

"Kita mahukan pemilihan yang adil," katanya yang juga wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa.

Ditanya tentang 'pasukan regunya' dalam pemilihan ini, Azmin hanya menjawab:

"Kesemua anggota (PKR) adalah team saya, tiada yang terkecuali kerana ini adalah pemilihan yang adil. Tidak ada soal pasukan ini atau pasukan itu."

ADS